May
17
    
Posted (cikedil) in -pengajaran- on May-17-2008

AL-FATIHAH

Al-Fatihah kepada pemergian ayahanda kepada rakan saya iaitu Salmiah Bt Md Alwi dan juga kepada nenda tersayang abang hamdan semalam..

Al-Fatihah …

Kematian - Merupakan kenyataan yang perit dan yang menakutkan yang mesti dihadapi oleh setiap insan yang hidup.Tiada manusia yang mempunyai kuasa untuk mengelaknya.Tiada sesiapa disekeliling si mati yang mampu menghalang kematiannya.Kematian adalah sesuatu yang berlaku setiap saat dan ia adalah hakikat yang akan dihadapi oleh semua;yang muda dan juga yang tua,yang kaya dan juga yang miskin,yang kuat dan juga yang lemah.Semuanya sama sahaja kerana tiada sesiapa yang ada perancangan mahupun kemampuan untuk menghalangnya mahupun tiada cara untuk melewatkannya.

Firma ALLAH swt :

“Katakanlah,sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,kemudian kamu akan kembali kepada ALLAH,yang mengetahui yg ghaib juga yang nyata,lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”

[ Surah Al-Jumu’ah 62:8]

“kami tidak menjadikan yang hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu ( Muhammad s.a.w),maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal?Tiap tiap yang berjiwa akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan ( yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada kamilah kamu akan kembali”

[ Surah Al-Anbiyaa 21:34-35 ]

sama sama kita sedekahkan Al-Fatihan dan semoga rakan kita tabah menghadapinya dengan tabah …insya-Allah



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: