Mar
08
    
Posted (cikedil) in Kehidupan on March-8-2008

salam semua.

uhu..kerana saya jatuh sakit selama dua minggu ini.dan malam semalam merupakan.keadaan yg paling kritikal.maka..abah dan mama ku.menyuruhku.mengikut jejak langkah kakakku yg seorang lagi di cyber.

parents saya cakap.tahu selalu jatuh sakit.nak duduk jauh-jauh lagi,pindah cyber secepat mungkin.dan saya mereply. ‘baek abah’ ouh …sedih dan pilu hati ini.hanya Allah yg tahuuu saya mahu tinggal di melaka.di cyber.tiada course HR.minat saya.hanya di HR.mcm mn?

perlu ke.saya tukar major lain.dan major apakah yg paling sesuai utk saya di cyber?hati saya.hanya pd HR.walaupun baru satu sem.sebelum saya melangkah lebih jauh lagi..saya harus pikir course apa yg sesuai disana.haish…

disini.rakan-rakan nye baek baek belaka.disanaa.tiada yg rapat dgn ku.yg ada hanya la kwn2 kak isya,sedikit kumpulan kami :p,kak dyi dan siapa sahaja.mcm mn ni..hr tu.dah bgtau pd lina.dan kali ini.ku akur.terpaksa menurut perintah abah..adakah saya akan pergi saya ada beberapa minggu utk membuat keputusan.haih haih haih ..

p/s: demam sudah semakin beransur kebah.terima kasih kepada kak ili.kerana sudi menghantar dan menemani saya ke klinik..terima kasih kepada abg azril dan abg hamdan kerana sudi mengofferkan diri utk menghantar saya ke klinik.tp saya tiada teman.saya sendirian selama saya sakit ini.terima kasih kepada aizat kerana selalo advice g klinik.nisa begitu juga.dan terima kasih kepada maria.kerana menemani ku sepanjang aku sakit.



 
Nov
22
    
Posted (cikedil) in Kehidupan on November-22-2007

Assalammualaikum …

Al-Fatihah buat pemergian Pakcik atau dikenali sbg Ayahanda.

Takziah diucapkan kepada keluarga Bonda.Semoga Tabah dgn Pemergian Insan Tersayang~

Setiap yg bernyawa pasti akan pergi menemui Pencipta Sekalian Makhluk di muka bumi ini iaitu ALLAH S.W.T …

masih teringat kenangan bersama Arwah Pakcik :p seperti dlm entry Syu@rumet mmg betol itu lah ayahanda yg suke menyakat saya :( saya tdk berkesempatan nak melawat ayahanda ms dia sedang sakit :(

cume Al-Fatihah yg saya bole panjatkan :) semoga roh ayahanda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman ..

ameen :)



 
Sep
03
    
Posted (cikedil) in Kehidupan, kenangan terindah on September-3-2007

sketchyhearts3.gif

salam ;)

weekend yg masyok and beshieee :p

 

balik umah then sampai umah agak awal ..org lom hbes solat jumaat laie

saya dah ada dekat umah ..sampai uma lebay kurang kol 1.45 acteli ….mama masak sedaap

 

saya balik dgn kak icun ..seb bek kak icun naek sekali dgn saya ..

banyak story mery dgn kak icun ..keskeskes ..

kak icun suke gelak sensorang :p

 

then ..jumaat petang ..trisya auntie ani and uncle rahman datang umah

 

sha3.JPG

 

trisya deman ..sian dia deman ..saya suapkan dia mamam ..sangat somel.saya dukung dia juge :p

trisya sangat noty :p dia maen cak cak dgn chiechie ..chiechie comel juge

 

then esok nye ..pg kenduri kawen kwn mama ..

mama shayep manyak kwn ..mama cakap ..

ramai kwn2 mama jd mak datin :p saya cakap mama bila laie ..hekhekhek:p

jumpe abg erfan moncet :p wekwek..ntt abg erfan kena lanje lia tao ..ngehngeh

 

then balik umah ..xdek pe buat ..malam nye ..saya buat biskot batik dgn kak echa ..

sodap ocay :p

 

esok nye …ayah tat n mak yah dan abg jai abg yus abg dtg umaaa

sangat gumbira dan happy ..umah shayep ghamai org datang :p

mmg umah saya selalo sedara datang :D tue yg beshhiee tue

 

saya mau balik umah ms first pose nanti! nak pose dengan mama abah iera iesya and adek !! mama mst masak sedaP!!

saya suke tiap kali pOssee ;) besh taau!!

 

saya masak kan tuk hubby chenta,hafiz maun,mong gay ngn kwn dia sorang laie

b kata sodap :p ntt saya masak laie yerp …

 

p/s : saya sayang b saya.kalo dia ckp benda yg sya x suke.saya akan marah! secara tidak sengaja ..sekian ..so pak lan ..jgn timbulkan amarah saya ..sekian :)

 

ich liebe dich mohd izuddin helmi b adnan :*

 

sketchyhearts3.gif



 
Aug
24
    
Posted (cikedil) in Kehidupan, -pengajaran- on August-24-2007

Assalammualaikum :)

sedang bosan-bosan..saya perhatikan status kak hani aida..click link dkt status dia

ooops ..ic :p kak hani aida pny blog rupanya..then saya bc la sampai ke laman ke-7

then jumpe la coretan nie.dan saya memahami nye..

sile lah baca sbg renungan kita bersama :)

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud,
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”

(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampuninya, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat”

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda
Rasulullah S.A.W.

“Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.”

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab : “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

*kak hani aida ..mekaseh kc copy yerh .. lia bc ni utk megisi ilmu didada :) maceh akak :p hehehehe ..selamat berpindah ke bilik baru :p de pape lia bule tolong ..occay ;)

p/s : pada sape sape yg saya pnh terumpat ke ..disni saya memohon kemaafan.bulan puasa dh dekat,then hari raya menyusul tiba .marilah kita melupekan sengketa yg lama ..

wasalam :)